Feeds:
Posts
Comments

Bismillahirrahmanirrahim.

PERMAI ‘08 telah berakhir. Semua sudah sedia maklum, namun ia bukanlah pengakhiran kepada ukkhuwwah yang terbina. Kita bertemu cuma dalam jangka masa yang sebentar. Mengenali dan memahami, dua istilah yang terkait antara satu sama lain. Mungkin kita sempat mengenali sahabat kita di Jogja dahulu tapi belum berkesempatan memahaminya dengan lebih dekat.

Semua sudah maklum, RUKUN USRAH-TAARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL. Justeru, dalam usaha mewujudkan ukhuwwah yang terus berkekalan, kami telah mewujudkan FORUM ZIKIR & FIKIR bagi tujuan ini. Pihak PERMAI ‘08 amat mengalu-alukan penyertaan anda semua di FORUM ini. Kepada sesiapa yang berminat menyertai team moderator FORUM ZIKIR & FIKIR, anda bolehlah memaklumkan kepada moderator dengan meninggalkan komen di entry ini.

“Let strength & tighten our ukhuwwah”

“Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah”

JOIN NOW: ZIKIR & FIKIR at http://permai.aforumfree.com

->End Point?<-

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, PERMAI 2008 telah pun berakhir petang semalam. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua, Insha Allah. Saya teringat akan pesanan dari Ustaz Hasrizal sebelum berakhirnya SLOT IV tengahari semalam. Intisarinya begini (saya kurang ingat perkataan sebenarnya), berakhirnya PERMAI 2008 bukanlah end point perjuangan, yang pasti, PERMAI 2008 adalah titik mula penambahbaikan dan bertepatan dengan HABIT ke-7: SHARPEN THE SAW; mempertajam senjata, memangkin semangat meneruskan perjuangan.

Sebagai update yg pertama kali selepas berakhirnya PERMAI 2008, kami akan mengupas (lebih kepada mengulas sebenarnya) berkenaan ERTI KEHIDUPAN.

MUSLIM KINI.

Sebagai renungan bersama.

Sabda Nabi Muhammad SAW : “Kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap hidngan yang enak. Para sahabat bertanya, “Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan.” Mereka bertanya lagi,”Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?” Beliau menjawab,”Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati.” [HR. Abu Dawud]

Keadaan muslim kini sudah pun disebutkan oleh baginda Rasullallah saw kira-kira 1400 tahun lalu. Kehidupan muslim harini kian terpisah dari ajaran Islam yang sebenar. Ramai orang yang mengaku dirinya muslim, tapi seramai manakah yang mengamalkan ISLAM dalam kehidupan? Semakin hari, umat Islam kian menuju kearah kemusnahan dan kian jauh dari peraturan dan ajaran ISLAM.

Penyakit wahan kian berleluasan dan kian sebati dalam kehidupan muslim kini. Yang kaya kian menambah harta benda, yang berpangkat kian melupakan hukum-hakam sehingga halal dan haram bersatu dalam mengejar matlamat dan tujuan. Yang pasti kita ramai yang merasakan hidup itulah tujuan bukan proses menuju ke suatu matlamat yang abadi-SYURGA Allah swt. Justeru,amat penting bagi muslim berubah dan mengubah pandangan mereka dalam usaha menjadi seorang muslim dan mukmin yang effektif.

KUASA PANDANG&KESAN DALAM HIDUP

Pandangan mata selalu menipu,

pandangan akal selalu tersalah,

pandangan nafsu selalu melulu,

pandangan hati tulah yang hakiki.

Alunan nasyid yang saya fikir sudah semua orang tahu. Kita dengar, tapi kita kurang faham. Kita lihat, kita pandang, tapi kenapa pandangan kita selalu tersilap, mengapa tindakan kita selalu tersasar? Cara pandang kitalah yang menentukan tindakan dalam setiap hal. Amat penting kita mengubah persepsi dan melihat setiap sesuatu dengan mata hati dan berfikir secara positif. Muslim yang effektif meletakkan harapan hanya pada Allah swt sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya ,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik ,iaitu bagi orang yang mengharap(rahmat)Allah dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah” [Al-Ahzab:21].

PERUBAHAN

Semua ingin berubah? Berubah kepada yang baik dan lebih baik, Insha Allah. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri

mereka sendiri” [Al-Ra'ad:11].

Perubahan menuntut pengorbanan dan bukanlah sesuatu yang mudah. Budaya orang Melayu sering mengaitkan perubahan dengan BUANG TABIAT. Muslim kini sangat perlu BUANG TABIAT, selaras dengan tuntutan ISLAM untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Insha Allah.

Sekadar renungan bersama. Maaf andai bahasa kurang menarik dan susah untuk difahami.



Ahlan Wa Sahlan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Sedar tak sedar, PERMAI akan berlangsung tak lama lagi. Tinggal 4 hari, semua perwakilan dari seluruh pelosok Indonesia akan berkumpul atas tujuan yang satu: MENJANA & MEMBINA DIRI MENJADI MUKMIN YANG EFEKTIF. Semoga program ini menadapat keberkatan dan diredhai Allah sentiasa. AMIN

Kepada semua peserta dan penceramah: Ustaz Hasrizal & Ustaz Fadlyriza, kami mengucapkan AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM ke Yogyakarta. Semoga kehadiran kalian memeriahkan perjalanan majlis. Insyaallah

Buat yang tidak dapat menyertai, jangan bimbang kerana pihak PERMAI akan meng”update” perjalanan majlis dan pengisian buat tatapan semua. Insyaallah.

Update PERMAI 08

Assalamualaikum wbt.

Terdapat sedikit perubahan pada PERMAI ‘08. Sukacita dimaklumkan, PERMAI ‘08 kini terbuka kepada 200 orang peserta dan akan diadakan di Villa Taman Eden 1, Kaliurang Yogyakarta. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam usaha membentuk peribadi menjadi Highly Effective Mukmin demi agama Islam tercinta.

“Upadate FIKIR”:+download poster Permai TERBARU di sidebar kanan blog+

Terima kasih

Assalamualaikum wbt.

PERMAI 08 menghadirkan kepada anda: THE EMERGENCE OF A NEW GENERATION

Maklumat lanjut di THEME.

Untuk download file, anda boleh download dari files sharing FIKIR.

JPEG format: VOL 1& VOL 2

WORD doc: PERMAI-7 Highly Effective Habits of Muslims.

Syukran

Jom Permai ‘08 di Yogyakarta

One aim, one spirit! Receive together, bi iznillah~

Sahabat-sahabat, jumpa di sana, insyaAllah! :D

Update FIKIR

Assalamualaikum…

FIKIR adalah file sharing PERMAI 08 di sebelah kanan blog untuk memudahkan muat turun file-file berkaitan PERMAI 08.Berikut adalah senarai file yang terdapat di FIKIR(mengikut susunan):

>>Poster PERMAI 3

>>Poster PERMAI 2

>>Borang Pendaftaran

>>Poster PERMAI 1

>>Tentatif PERMAI 08

>>Renungan

Pihak urusetia akan mengemaskini file sharing FIKIR dan akan memaklumkan kepada pengunjung semua dari semasa ke semasa.Terima kasih

« Newer Posts - Older Posts »