Feeds:
Posts
Comments

Bantu Palestin

Bantu Palestin…Jangan Asyik Pandang Serong!

Letih dan jemu melihat sebahagian ‘mujtahid’ yang asyik menyalahkan usaha umat Islam untuk membantu saudara seagama di Palestin…

cara tu tak kena …cara ni tak kena….habis cara mana yang kena?

ada orang nak boikot…dikatakan tak ada faedah…(walaupun kita boleh bincangkan lebih lanjut mcm mana cara boikot terbaik)..tapi sekurang2nya positif lah…jangan asyik mengata orang ‘tak betul’ memanjang.

ada orang nak buat bantahan aman…bahkan dibenarkan pula dan dapat permit….dikatakan pula tak guna, tak faedah…pemikiran asyik negatif!

ada orang marah kepada musuh yang membunuh umat Islam…dikatakan pula terlalu emosi. ada-ada saja. habis? kalau tak marah, apa tandanya? kalau tak benci..apa pula nak dibuat?

kita bercerita tentang kematian umat Islam di sana…dikatakan pula ‘biarlah, mereka mati syahid’. yang penting katanya umat Islam yang mati lebih ramai di jalan raya.. ke situ pulak perginya?

bila kita ajak orang Islam berdoa…dikatakan pula ‘asyik doa je, usahanya mana?’. aduh..orang mcm ni memang letih melayan.

bila kita ajak menderma, dikatakan pula ‘derma je nak buat apa?’‘yang bersalah ialah orang arab’….habis? orang Islam ‘melayu’ ni nak buat apa? tunggu depan tv?

SUDAH-SUDAHLAH. ..

bantulah mereka dengan APA SAHAJA CARA YANG KITA MAMPU…

janganlah MEMANDANG SERONG usaha yang telah orang lain buat sekadar mereka mampu…

bukankah kita disuruh sekadar kemampuan?

satu soalan terakhir untuk mereka yang suka pandang serong ni..

APA YANG TELAH ANDA BUAT?

http://www.alitanta wi.blogspot. com/

Salam Ramadhan

Bismilahhirrahmanirrahim.

Ahlan Ya Ramadhan.Hari ini,Alhamdulillah sudah 6 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan 1429 Hijrah.Betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad saw.Bulan Ramadhan,bulan penuh keberkatan,bulan di mana digandakan pahala bagi setiap amalan dan bulan dijanjikan Lailatul Qadar di 10 malam terakhirnya.Bulan Ramadhan datang lagi.Bulan Ramadhan tetap sama setiap tahun;Pastinya ada 30 hari yang menanti.

Lantas apa bezanya bulan Ramadhan tahun ini dan tahun lalu?Yang paling jelas dan semua orang tahu:Ramadhan yang dulu hanya kenangan.Kenangan baik jika kita memanfaatkan Ramadhan mencari cinta dan redha Illahi.Tahun ini,Ramadhan datang lagi.Masih punya bilangan hari yang sama banyak.Dan kitalah yang akan membezakannya.Tahun ini apakah kita manfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan menggandakan solat sunat,zikir dan membaca Al-Quran.Apakah bulan Ramadhan tahun ini kita biarkan seperti angin lalu sahaja?Semuanya kitalah yang menentukannya.

Justeru marilah sama-sam kita menggunakan bulan Ramadhan yang masih tersisa 24 hari tahun ini untuk mendidik dan mengikhlaskan diri untuk beribadat kepada Allah swt.Wallahu’alam.

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Buat renungan bersama.

Rasulallah bersabda:Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu dan sekarang.(H.R Bukhari dan Muslim)

->Rejab<-

Bismillahirrahaminrrahim.

Pihak admin memohon jutaan kemaafan atas kesibukan yang melanda.Alhamdulillah,diberi kesempatan menulis di PERMAI08 kembali.Rejab telah pun tiba,tak lama lagi Ramadhan pula akan datang.Insyallah arini penulis nak berkongsi info sikit tentang bulan Rejab.

Pengertian:

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Peristiwa Penting:

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”, bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan sepanjang Rejab:

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid’ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam.

Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter). Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya’ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal.

Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber:al-azim.com.

Erti Syukur

erti syukur

KITA??:

Hari ini kita bernyawa lagi!Masih mampu bernafas tanpa sekatan,menghirup udara kurniaan Illahi,berjalan di muka bumi dengan kaki yang melangkah kadangkala penuh kesombongan.Kehidupan kita terus jalani.Makan yang lazat,tidur yang lena dan masih di kelilingi insan-insan yang menyayangi kita.Kita terus lupa,semua nikmat ini kurniaan Yang Esa.Jarang sekali kita melafaz kata syukur,berterima kasih atas segalanya.Itulah kita!!

Hidup kita terus berjalan.Saat azan Subuh berkumandang,kita masih lena diulit mimpi palsu.Beratnya melawan keenakan berbaring di katil empuk.Payahnya melawan godaan syaitan,akhirnya mata terus terpejam.Lemahnya kita padahal sudah berjanji mengabdi diri pada-NYA.Saat mentari meniti pagi,kita terus sibuk menghitung detik waktu.Terlalu banyak tuntutan dunia yang harus diselesaikan hingga kita lupa lagi untuk melafaz sepatah kata yang kita kira cukup mudah:ALHAMDULILLAH.

Panas terik tengahari membahang di atas kepala.Saat itu kita menempelak akan kepanasan DUNIA tanpa kita sedar itulah salah satu keindahan yang masih kita bisa nikmati.Kita terus sibuk mengejar dunia dan urusan yang takkan berhenti menuntut detik waktu.Panggilan merdu kedengaran lagi tengahari itu dan kita hanya menjadikannya hawa telinga.Kerasnya hati kita,tak tersentuh pun akan panggilan menemui KEKASIH ABADI.Terus mengejar urusan dunia tanpa kita sedar tinggal 5 minit sebelum Zuhur berakhir.

Panggilan KEKASIH bergema lagi sebelum petang menjelma,setelah berlabuhnya tirai senja dan setelah pekat malam ditemani bintang-bintang.Panggilan KEKASIH kita biarkan sepi.Urusan pelajaran,Sinetron lebih melekat di hati.Lalainya kita.Kita lupa KEKASIH itulah yang tak pernah melupakan kita,yang memberi nikmat yang tak terhitung dengan jari.Tapi kita terus lupa memuji KEKASIH ini.Sombong dan angkuhnya kita.

+++

Kita yang sering lupa,tersasar dari arah tujuan hidup yang sebenar.Seringkali kita mungkiri janji-janji yang terpateri dan fitrah kehidupan ini.Ya Allah,ampunkan kami.

Wahai Tuhan,ku tak layak ke syurga-MU

Namun tak pula,kami sanggup ke neraka-MU

Ampunkan dosaku,terimalah taubatku

Akulah hamba yang mengharap belas dari-MU

+++

Kita sering lupa akan janji KEKASIH yang sememangnya pasti:

“Jika kamu bersyukur kepada-Ku,akan KU tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu kufur kepadaKU,ingatlah azab-KU amat pedih”.

Masa ada sisa waktu untuk terus menghayati erti syukur dalam kehidupan.Alhamdulillah:terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini.

=Zikir&Fikir=

Insan

insan
yang sering lupa
yang sering alpa
yang sering ketawa
bahagia…

insan
bongkak rasa
tinggi cita-cita
hanya tahu meminta
“aaaaaaaah!!”, manusia…

insan
apalah guna tangisan
jika tidak dikeluarkan
merendah diri di depan tuhan
memohon ampun dan bantuan
Ya ALLAH……ku mohon belas kasihan….

insan
terkadang diri terasa
sudah sempurna tanpa tuhan
namun di kala susah,beratnya ujian,Ya ALLAH….
namamu jua ku sebutkan…
ku teringat,tersentuh,tersedar hakikat diri
ampunkan aku….
aku mudah terleka
namun tetap diberi peluang kedua
oleh Tuhan Yang Maha Esa,
Tuhan Yang Maha Luas AmpunanNya…

*drrazi merupakan salah seorang dari penulis PERMAI,The Emergence Of New Generation.Penulis boleh dilawati di blog http://drrazi.wordpress.com.

“Ya Rab…Ya Rab…Ya Rabbi Ya Rabbi…

“Tuhanku, ampunkanlah,segala dosaku…

“Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu…

Betapa banyaknya dosaku, tak terkira, betapa hinanya diri ini di hadapan Pencipta yang AGUNG. Kalau di hadapan ‘agung manusia’ sahaja kita sudah “ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”, ni kan pula AGUNG kepada SELURUH SISTEM KEAGUNGAN!!!!! Sudah seharusnya kita memohon ampun. Entah apa dosa yang kita buat padanya.

Jahil. Kami jahil… Dalam erti kata lain, manusia memang bodoh. Perkataan bodoh sangat sensitif, tetapi itulah hakikatnya manusia. Namun dengan selamba masih lagi leka, masih lagi bongkak dan sombong merasakan dirinya tak perlu kembali pada tuhan. Tak perlu rapatkan diri kepada tuhan, tak perlu belajar tentang agama, tak perlu ‘alim-alim’ sangat, tak perlu ibadah-ibadah sangat, padahal kebodohan diri tu amat terserlah kalau tanpa IlmuNya yang dipinjamkannya pada kita.

“Ku sering melanggar laranganmu dalam sedar atau pun tidak…

“Ku sering meninggalkan suruhanmu walau sedar aku milikmu…

Sedar, atau tidak, aku sering melanggar laranganmu. Dalam sengaja ataupun tidak, aku lalai. Maafkan aku…

Aku manusia, aku sedar aku milikmu tuhan Yang Maha Hidup….

Mustahil sesuatu itu diciptakan tanpa pencipta. Jika ianya ‘ciptaan’, ia pasti mempunyai pencipta. Robot dicipta, pasti ade pencipta. Namu robot dimaafkan kalau dia ‘tak kenal’ penciptanya. Logiklah kalau dia ‘tak sedar’ akan kewujudan penciptanya. Kerana robot tidak boleh berfikir. Tak mampu untuk melihat sekeliling tanda-tanda yang ada pada penciptanya. Tapi manusia?

“Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?”

(Surah Hud:24)

Jadi manusia, jika dia tidak MELIHAT dan MENDENGAR sekelilingnya, dia tidak akan mengenal penciptanya. Nabi Ibrahim sendiri mencari siapa ‘tuhan’ yang sebenar.

“Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.”

” Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat.”

“Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.” Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.”

(Surah Al-An’am:76-78 )

“Tuhanku, ampunkanlah, segala dosaku…

“Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu…

“Bilakah diri ini kan kembali, kepada fitrah sebenar…

“Pagi kuingat petang ku alpa, begitulah silih berganti…

“Oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini…

“Yang mendamba cintamu…

“Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu…

Oh tuhanku, kau Maha Tahu keadaan hambaMu. Pimpinlah kami ke jalanMu. Dekatkanlah kami ke sunnah kekasihMu. Lembutkanlah hati kami untuk menerima kebenaran wahyuMu. Gerakkanlah kaki kami untuk mencari sumber ilmu agar mendapat HidayahMu. Kami mencarimu, Ya Allah

“Kusering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri…

“Ku pernah menangis, keranamu kemudian ketawa semula…

“Bilakah diri ini kan kembali, kepada fitrah sebenar…

“Pagiku ingat petangku alpa begitulah silih berganti…

“Oh tuhaku, kau pimpinlah diri ini, yang mndamba cintamu…

“Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu…

“Kau pengasih, kau penyayang, kau pengampun, kepada hamba2mu…

“Selangkahku kpdmu seribu langkah kau padaku

Aku bertaubat. Entah untuk yang ke berapa kali, kerana ku sedar, fitrah ku sering berubah-ubah dikala pagi dan petang hari…

Kau Yang Maha Pengasih, berilah perlindungan kepadaku. Aku memohon perlindungan dan keampunan dari zat yang Menciptakan Neraka, zat yang Menciptakan Syurga.

“Tuhan dirini tidak layak ke syurgamu..tapi tidak pula aku sanggup kenerakamu…

“Ku takut kepadamu ,kuharap jua padamu

“Mogaku kan selamat dunia akhirat, seperti rasul dan sahabat…seperti rasul dan sahabat…

Seperti RASUL dan SAHABAT……..

*drrazi merupakan salah seorang dari penulis PERMAI,The Emergence Of New Generation.Penulis boleh dilawati di blog http://drrazi.wordpress.com.

Editorial Team

Bismillahirrahmanirrahim.

FRONT PAGE FORUM ZIKIR & FIKIR

Insha Allah. Blog PERMAI“The Emergence of A New Generation” , akan diteruskan di masa akan datang. Justeru, pihak admin PERMAI amat mengalu-alukan penyertaan anda terutama pelajar muslim Malaysia di Indonesia. Seiring dengan teknologi kini yang boleh diakses di hujung jari, sama-samalah kita berkhidmat untuk agama Allah ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.