Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, PERMAI 2008 telah pun berakhir petang semalam. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua, Insha Allah. Saya teringat akan pesanan dari Ustaz Hasrizal sebelum berakhirnya SLOT IV tengahari semalam. Intisarinya begini (saya kurang ingat perkataan sebenarnya), berakhirnya PERMAI 2008 bukanlah end point perjuangan, yang pasti, PERMAI 2008 adalah titik mula penambahbaikan dan bertepatan dengan HABIT ke-7: SHARPEN THE SAW; mempertajam senjata, memangkin semangat meneruskan perjuangan.
Sebagai update yg pertama kali selepas berakhirnya PERMAI 2008, kami akan mengupas (lebih kepada mengulas sebenarnya) berkenaan ERTI KEHIDUPAN.
MUSLIM KINI.
Sebagai renungan bersama.
Sabda Nabi Muhammad SAW : “Kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap hidngan yang enak. Para sahabat bertanya, “Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan.” Mereka bertanya lagi,”Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?” Beliau menjawab,”Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati.” [HR. Abu Dawud]
Keadaan muslim kini sudah pun disebutkan oleh baginda Rasullallah saw kira-kira 1400 tahun lalu. Kehidupan muslim harini kian terpisah dari ajaran Islam yang sebenar. Ramai orang yang mengaku dirinya muslim, tapi seramai manakah yang mengamalkan ISLAM dalam kehidupan? Semakin hari, umat Islam kian menuju kearah kemusnahan dan kian jauh dari peraturan dan ajaran ISLAM.
Penyakit wahan kian berleluasan dan kian sebati dalam kehidupan muslim kini. Yang kaya kian menambah harta benda, yang berpangkat kian melupakan hukum-hakam sehingga halal dan haram bersatu dalam mengejar matlamat dan tujuan. Yang pasti kita ramai yang merasakan hidup itulah tujuan bukan proses menuju ke suatu matlamat yang abadi-SYURGA Allah swt. Justeru,amat penting bagi muslim berubah dan mengubah pandangan mereka dalam usaha menjadi seorang muslim dan mukmin yang effektif.
KUASA PANDANG&KESAN DALAM HIDUP
Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati tulah yang hakiki.
Alunan nasyid yang saya fikir sudah semua orang tahu. Kita dengar, tapi kita kurang faham. Kita lihat, kita pandang, tapi kenapa pandangan kita selalu tersilap, mengapa tindakan kita selalu tersasar? Cara pandang kitalah yang menentukan tindakan dalam setiap hal. Amat penting kita mengubah persepsi dan melihat setiap sesuatu dengan mata hati dan berfikir secara positif. Muslim yang effektif meletakkan harapan hanya pada Allah swt sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya ,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik ,iaitu bagi orang yang mengharap(rahmat)Allah dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah” [Al-Ahzab:21].
PERUBAHAN
Semua ingin berubah? Berubah kepada yang baik dan lebih baik, Insha Allah. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri
mereka sendiri” [Al-Ra’ad:11].
Perubahan menuntut pengorbanan dan bukanlah sesuatu yang mudah. Budaya orang Melayu sering mengaitkan perubahan dengan BUANG TABIAT. Muslim kini sangat perlu BUANG TABIAT, selaras dengan tuntutan ISLAM untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Insha Allah.
Sekadar renungan bersama. Maaf andai bahasa kurang menarik dan susah untuk difahami.
salam, nak tanyer, leh tak?pasal HABIT tue..katner bleh saye bace tentang semua HABIT dan huraiannye..kat blog ustaz hasrizal ker?
saya menunggu update seterusnya…^^,
jzkk.
wslm.Em,ustaz dah huraikan kat blog saifulislam.Insyallah,kami akan terus udate tapi mungkin lambat sikit coz sekrang musim exam.Maaf atas keterlambatan.Btw,amiza study kat mane ye??Berminat nak menyertai team author PERMAI x???
Salam,
Permai got its dvd rite?
Nanti siapa2 nak dvd tu bolehla direct pada urusetia, yang tak dpt join insyaAllah review on dvd would be a help 🙂
this is not the end of the story…but the begining of a history…
abu huzaifah,i’m totally agree.U r invited to join ur forum at http://permai.aforumfree.com/
permai08,
owh, sekarang musim exam..em, saye study kat UNPAD, universitas Padjadjaran.Berminat jugak..tp saye tak sertai permai, camne nak jd author permai?
srikandi abu bakar,
camne nak direct pd urusetia..? if saye dapatkan dvd dgn IMAN boleh tak?
knl sy x??hehhe.Kalo berminat,nnt pas exam jumpa saya.Amiza tau siapa2 yang reti graphic+design x??amat2 diperlukan sekarang.Em,jd author tu bukan kne g PERMAI pun.Insyaallah,blog ni akan diteruskan.Kita akan bg slot2 agama n author akan sediakan artikel berkenaan slot2 tu.Tu je.Sudikan??tq 4 ksudian
apakah yang haru ku lakukan?
drrazi,syukran atas artikel yg sungguh bermakna..maklumat lanjut berkenaan zikir& fikir akan dimaklumkan a.s.a.p selepas exam.tq